7 Hari Mencintaiku 2 Full Episode

Sinopsis 7 Hari Mencintaiku 2

Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya. Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.

Khuzairi betul-betul gembira selepas mengetahui isterinya mengandung anak yang kedua. Mia pula belum bersedia kerana dia takut jika sepanjang kehamilannya, rumah tangganya bergolak dan terpaksa bersalin sendirian sepertimana dia bersalinkan Alisa dahulu. Helmi pula mula bersikap dingin dengan Sofi disebabkan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Helmi terlalu mengharapkan anak dari perkahwinannya lebih-lebih lagi selepas dia mengetahui Mia mengandung anak yang kedua. Puan Hayati pula berjaya dengan rancangan jahatnya, di mana Nadia tiba-tiba mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkan cintanya beralih arah kepada Fariz, lelaki yang dikenali melalui Puan Hayati. Pak Samad mengamuk, begitu juga dengan Mak Leha.

Demi isterinya, Khuzairi sanggup buat apa sahaja di mana dia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya walaupun pada mulanya dia sudahpun bersetuju disebabkan Syakila merayu-rayu kepadanya. Mia tahu niat sebenar Syakila ingin bekerja di klinik adalah untuk memihat Khuzairi semula kerana Khuzairi adalah cinta sejatinya. Ketika berada di rumaah Pak Samad, Puan Hayati sengaja cari peluang untuk mendekati Pak Samad, pura-pura pengsan dan memegang Pak Samad semata-mata untuk melihat Mak Leha cemburu. Dalam pada itu, Helmi menceraikan Sofi dengan talak satu disebabkan rasa tercabar dengan bapa mentuanya iaitu Dato Johari yang memburuk-burukan dirinya di depan Sofi. Dia menuduh Sofi mandul. Dia juga akan berkahwin dengan Linda kerana dia inginkan zuriat di dalam perkahwinannya.

Setelah didesak, Khuzairi berjanji pada Mia tidak akan mengambil Syakila bekerja di kliniknya kerana bimbang Syakila akan pikat semula Khuzairri. Manakala rumahtangga Helmi dan isterinya Sofi tidak lagi aman selepas bapa mertuanya, Datukk Johari tinggal bersama-sama. Helmi bertengkar dengan Dato Johari. Helmi kemudiannya menceraikan Sofi dengan disebabkan mandul. Dia berhasrat akan berkahwin dengan kekasihnya Linda. Mak Leha memarahi Nadia selepas mengetahui anak gadisnya memutuskan pertunangan dengan Zaidi disebabkkan kekasih yang baru dikenali melalui Puan Hayati bernama Fariz. Hayati membuat fitnah kononnya Pakk Samad cuba mengodanya dan mengambil kesempatan semasa mereka bersama-sama. Sebenarnya Hayati cuba memasang perangkap dan merancang supaya Mia bercerai dengan Khuzairi.

Pelakon 7 Hari Mencintaiku 2

Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli, Sean Lee, Fadilah Mansor

Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Jumlah Episod: 33
Episod Semasa: 33
Hari: Isnin-Jumaat, 7 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton 7 Hari Mencintaiku 2

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30
Episod 31 Episod 32 Episod 33

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Ryan Aralyn Full Episode

Geran (2019) Full Movie

Seadanya Aku Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Setelah Terlafaznya Akad Full Episode