Anugerah Juara Lagu 34 (2020)

Anugerah Juara Lagu 34

MAnugerah muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu 34 bertemakan ‘Warna-Warna Suara’ bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2020 pukul 9.00 malam. Acara itu dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni. AJL34 dihangatkan dengan penampilan pemenang kategori Vokal Terbaik AJL lalu iaitu Liza Hanim, Misha Omar, Adibah Noor, Jaclyn Victor dan ramai lagi. Penutup pula bakal menampilkan penyanyi hebat seperti Dato David Arumugam, Datuk M Nasir, Ameng dan Datuk Hattan

Anugerah Juara Lagu yang mengangkat martabat komposer, penulis lirik serta penyanyi akan menyaksikan 12 finalis berentap merebut gelaran Juara Lagu 34. AJL akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu. Kesemua lagu diadili oleh juri professional iaitu Ajai (Ketua Juri), Azmeer, Dato Mokhzani, Cat Farish, Altimet, Sharon Paul, Helen Yap, Dato Wah Idris, Aznul Hadi, dan Edrie Hashim.

Tonton Anugerah Juara Lagu 34

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Curi-Curi Cinta Full Episode

Qaseh Venezia Full Movie

Meh Sandar Pada Aku Full Episode

Geran (2019) Full Movie

Setelah Terlafaznya Akad Full Episode