Che Pa Full Movie

Sinopsis Che Pa

Che Pa dan kumpulan tarian hadrahnya popular pada suatu ketika dahulu. Mereka disanjung dan persembahan mereka cukup dinantikan-nantikan oleh penonton. Namun kini, zaman telah berubah dan ramai yang tidak mengerti mengapa perlu dihidupkan semula tarian atau seni yang menampilkan lelaki berpakaian, berhias, bersolek serta bersanggul seperti wanita. Walaupun sering diejek dan dimalukan kerana pekerjaannya, Che Pa amat mengagungkan tarian ini, yang pernah menjadi punca rezeki beliau membesarkan anak gadisnya. Bibah sebelum ini bangga dengan bapanya dan pujian demi pujian dikalungkan kepada bapa beliau dan nama itu kerap kali di bibirnya di kala bersama kawan-kawan. Sehinggalah beliau berkenalan dengan seorang lelaki dan cinta memusnahkan kasih seorang anak kepada bapa. Pujian-pujian yang dahulu mekar kini bertukar menjadi cacian dengan pandangan jijik serba malu dilemparkan kepada bapanya.

Che Pa kini di persimpangan. Beliau menerima satu tawaran untuk membuat persembahan dan inilah peluang beliau untuk mengangkat kembali kegemilangan ‘Hadrah’. Beliau cuba memujuk bekas ahli kumpulannya untuk menyertainya tetapi mereka enggan. Sama seperti Bibah, mereka malu dengan dunia ‘Hadrah’ yang pernah melonjakkan nama mereka. Ada di antara ahli kumpulan yang merasakan menyertai ‘Hadrah’ pada satu ketika dahulu adalah kesilapan terbesar yang pernah mereka lakukan. Kini mereka menyesal. Kini mereka bertaubat. Tetapi kenapa menghukum Che Pa? Dosakah Che Pa? Haramkah dunia yang digelumangi Che Pa?

Pelakon Che Pa

Nam Ron, Putri Hanan Ahmad Shukri, Amyza Adnan, Yusri Edoo, Ezany Nizariff, Fendi Seman, Rahmat Saidin, Saidi Sabri

Tonton Che Pa

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Tuan Danial Full Episode

Hilang Yang Kembali Full Episode

Setelah Terlafaznya Akad Full Episode

Cemburu Seorang Perempuan Full Episode

7 Hari Mencintaiku Full Episode