Anugerah Juara Lagu 31 (2017)

Anugerah Juara Lagu 31

Sebanyak 12 buah lagu telah diumumkan layak ke Anugerah Juara Lagu 31 setelah berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 31. Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 31 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Johan Nawawi, Habsah Hassan, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Yassin Sulaiman, AG Coco dan Azlan Typewriter dan Datuk Ramli MS selaku ketua juri. Kebanyakan lagu yang layak pada AJL 31 kali ini adalah lagu popular dan bakal memperlihatkan kemunculan bekas pemenang Vokal Terbaik AJL terdahulu iaitu Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Black dan Misha Omar. Antara wajah baru yang bersaing di pentas AJL seperti Aiman Tino, Sufian Suhaimi, Elizabeth Tan, Syamsul Yusof dan kumpulan Projector Band.

Malam kemuncak AJL 31 bertemakan Cerita Dalam Lagu bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 Januari 2017, bermula pukul 9 malam dan akan disiarkan di TV3 serta portal tonton.com.my. AJL 31 bakal menyaksikan gabungan empat pengacara iaitu Farah Fauzana, Fizi Hot FM, Awal Ashaari dan Sarimah Ibrahim. Berikut senarai 12 lagu layak ke AJL 31 mengikut giliran persembahan pada malam kemuncak AJL31.

Tonton Anugerah Juara Lagu 31

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Curi-Curi Cinta Full Episode

Qaseh Venezia Full Movie

Tak Ada Cinta Sepertimu Full Episode

Meh Sandar Pada Aku Full Episode

Geran (2019) Full Movie