Anugerah Melodi (2016)

Sinopsis Anugerah Melodi

TV3 buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Melodi 2016 bagi meraikan ikon industri hiburan yang bakal bersiaran secara langsung pada 10 Disember 2016 (Sabtu) dari Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 malam. Anugerah Melodi 2016 mempertandingkan 10 kategori yang ditentukan melalui undian peminat di laman web www.anugerahmelodi.com.my.

Anugerah Melodi 2016 menampilkan AG Hot FM sebagai hos dan beliau akan bergandingan dengan hos Melodi dahulu seperti Datuk Mahadzir Lokman (hos pertama Melodi), Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Zizan Razak serta selebriti popular iaitu Erra Fazira, Elizabeth Tan, Bell Ngasri, Datuk Hans Isaac, Sharnaaz Ahmad, Siti Saleha dan Nad Zainal.

Kemuncak anugerah akan dihangatkan lagi dengan persembahan hebat oleh artis-artis popular Malaysia seperti Amy Search, Candy, Mus May, Saleem, Sahara Yaacob, Francissca Peter, Misha Omar, Zamani, Projektor Band, Hazama, Azlan Typewriter, Black, Tomok, Sufian Suhaimi, Harris Baba, Aiman Tino dan artis popular Indonesia seperti Afgan, Marcell dan Rizky Febian.

Tonton Anugerah Melodi

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Kampung People 2 Full Episode

Petua Nenek Full Episode