Cinta Kolestrol (2003) Full Movie

Sinopsis Cinta Kolestrol

Mengisahkan tentang satu perjanjian di antara keluarga Haji Zaini dengan keluarga Dato' Osman yang ingin menjodohkan kedua-dua anak mereka satu hari nanti. Perjanjian ini dilafazkan setelah satu kejadian berlaku ketika Fazira dan Ahmad Yusry masih kecil.

Dua puluh tahun kemudian, kedua-dua mereka meningkat dewasa. Yusry kini jejaka tampan berpendidikan tinggi serta baru pulang ke tanah air. Manakala Fazira, membesar sebagai seorang gadis yang sangat gemuk, mempunyai personaliti yang kurang menarik serta ketinggalan dari segi perkembangan fesyen semasa.

Konflik melanda apabila Yusry berasa tertekan akibat perjanjian lisan yang dilafazkan kedua-dua ibu bapa mereka suatu ketika dulu. Yusry menjadi lebih tertekan setelah mengetahui bahawa keadaan Fazira tidak seperti yang disangkakannya. Rupa paras sebenar Fazira terlalu jauh daripada imaginasinya yang langsung tidak menepati seleranya.

Pada masa yang sama, Nadia muncul dan cuba menawan Yusry. Fazira pula tetap cuba mendekati Yusry, tetapi Yusry menolak cintanya. Fazira yang terlalu kecewa dengan Yusry telah menghilangkan diri sehinggalah pada suatu hari, muncul seorang gadis jelita. Yusry berusaha mendampingi gadis tersebut tetapi setiap kali itulah dia gagal. Sehinggalah pada suatu hari, dia menerima jemputan Dato' Osman.

Adakah Yusry dan Fazira bakal disatukan seperti mana perjanjian yang pernah dilafazkan antara dua keluarga, dan siapakah gadis jelita yang cuba dipikat oleh Yusry?

Pelakon Cinta Kolestrol

Erra Fazira, Yusry KRU, Hafidzuddin Fadzil, Abu Bakar Omar, Aleeza Kassim, Farid Kamil, Dynas Mokhtar, Liza Zain, Wan Khatijah, Azman, Abot, Kuman

Tonton Cinta Kolestrol

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode

Pink Smile Full Episode