Jika Itu Takdirku Full Episode

Sinopsis Jika Itu Takdirku

Mengisahkan tentang Hakimi yang disahkan menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya pada enam tahun yang lepas. Hakimi sangat rapat dengan Dr. Hamza yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah yang juga seorang doktor.

Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Akhirnya, Umairah bersetuju kerana dia masih menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya.

Hakimi terserempak dengan Azri, seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.

Hakimi merayu supaya Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi.

Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

Pelakon Jika Itu Takdirku

Shah Iskandar, Intan Ladyana, Nina Iskandar, Faten Syamimie, Adibah Yunus, Shukri Yahaya, Jasmin Hamid

Drama Jika Itu Takdirku

Jumlah Episod: 24
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Jika Itu Takdirku

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15
Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20
Episod 21Episod 22Episod 23Episod 24

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Kampung People 2 Full Episode

Petua Nenek Full Episode