Dhia Sofea Full Episode

Sinopsis Dhia Sofea

Mengisahkan Dhia Sofea mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam. 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.

Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din, seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ. Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena.

Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.

Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly. Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?

Pelakon Dhia Sofea

Amyra Rosli, Fadlan Hazim, Maria Farida, Sharifah Haslinda, Syafiq Kyle, Sasqia Dahuri, Raja Ema, Dato’ Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Puteri Octovia, Roy Azman, Norlia Ghani

Drama Dhia Sofea

Jumlah Episod: 15
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Rabu-Khamis
Siaran: Slot Samarinda TV3

Tonton Dhia Sofea

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode

Petua Nenek Full Episode

Kampung People 2 Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode