Cinta Teruna Kimchi Full Episode

Sinopsis Cinta Teruna Kimchi

Mengisahkan suratan di sebalik satu pencarian apabila Kang Ye Jun, mahasiswa tahun dua di Universiti Hankuk dalam bidang kajian luar Melayu-Indonesia, cuba mendapatkan jawapan tentang siapakah ayahnya yang sebenar. Persoalan yang menghantuinya sejak dari kecil itu bertambah runsing apabila dia menemui sekeping foto lelaki berkopiah yang besar kemungkinan adalah ayahnya.

Dia lebih kecewa apabila mengetahui ibunya menyorokkan kisah yang sebenar dan membiarkan dia tertanya-tanya. Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu adalah ayahnya dan beragama Islam. Lantaran itu, dia mula menjejak ayahnya. Hasil pembacaannya, agama Islam yang paling kuat di Asia Tengara adalah Malaysia dan Indonesia, ini mendorong Kang Ye Jun menguasai bahasa Melayu dan Indonesia.

Dia mahu mengetahui sikap orang Islam yang sebenarnya. Pada awalnya dia menyalahkan agama kerana itu mungkin di antara penyebab dia tidak bertemu ayahnya dari kecil. Malah dia berasa malu kerana ada yang beranggapan dia adalah anak luar nikah.

Keperitan hidup Kang Ye Jun juga menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya. Dalam masa yang sama, hasil didikan ibu dan neneknya, Kang Ye Jun juga gemar memasak dan pandai menyediakan hidangan kimchi. Di berwawasan untuk ke Malaysia bagi membuka restoran kimchi yang memberi makna yang tersendiri bagi dirinya sekeluarga. Sedang Kang Ye Jun mencari maklumat tentang Islam di Masjid Itaewon, dia mengenali Amin yang merupakan pembantu imam. Pertemuan itu membuka hatinya tentang ketulusan agama Islam. Malah dia juga terpilih untuk menghabiskan pelajaran semesternya di Malaysia.

Di Malaysia, Kang Ye Jun diselia di bawah Suraya yang juga merupakan pensyarahnya. Dalam masa yang sama, Kang Ye Jun sekelas dengan Saidah yang sebenarnya bakal dijodohkan dengan Amin. Suraya bersifat kebaratan namun tenang bersama Kang Ye Jun yang sering memberikan nasihat seperti yang dipelajarinya dari Amin. Manakala Saidah teruja belajar bahasa Korea dengannya. Hubungan erat mereka memerangkapkan mereka dalam segitiga cinta.

Suraya menyukai Kang Ye Jun tetapi Kang Ye Jun menyukai Saidah. Saidah terpaksa melupakan hasratnya kerana menunggu kepulangan Amin. Pada masa yang sama, Kang Ye Jun tetap berazam mencari ayahnya, Haji Yusuf. Berjayakah dia?

Pelakon Cinta Teruna Kimchi

Nazim Othman, Johan As'ari, Nur Risteena, Niena Baharun, Feiyna Tajudin, Bodt Sharade, Kamal Ibrahim, Kuza, Rahim Jailani, Sheila Mambo, Emma Akma

Drama Cinta Teruna Kimchi

Jumlah Episod: 13
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Jumaat
Siaran: Slot Zehra TV3

Tonton Cinta Teruna Kimchi

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Pengantin Satu Malam Full Episode

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pink Smile Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Degup Cinta Full Episode