Anugerah Terindah Full Episode

Sinopsis Anugerah Terindah

Anugerah Terindah mengisahkan tentang Amar, yang mempunyai sikap dingin dan hanya komited pada kerjayanya sahaja. Amar juga tidak mempercayai wanita setelah gagal dalam membina rumah tangga. Berbeza dengan adiknya, Amir yang lebih mesra dan sering keluar berfoya-foya sehingga mengabaikan kerja di pejabat. Perbezaan sikap mereka berdua itu membuatkan mereka sering bertikam lidah. Ayah mereka, Dato’Rahman menasihati anak-anaknya agar berbaik namun Amar dan Amir tidak mengendahkannya.

Di pejabat, Dato’ Rahman mempunyai seorang setiausaha bernama Riana. Amar tidak menyukai Riana dan selalu mencari kesalahan Riana. Namun, mengenangkan akan Dato’ Rahman yang amat baik pada keluarga Riana, gadis itu terus bersabar dengan sikap Amar.

Sementara itu, Amir cuba membuktikan bahawa dia juga boleh membuat keputusan yang bijak seperti Amar. Jadi, Amir menghasut ayahnya untuk membeli sebuah syarikat yang telah dijual oleh seorang ahli perniagaan. Melihat kesungguhan Amir, Dato’ Rahman memberi peluang dan meletakkan kepercayaannya pada Amir lalu bersetuju membeli syarikat itu.

Namun, sehari selepas membeli syarikat itu barulah mereka ketahui bahawa mereka terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit hasil hutang pemilik syarikat sebelum ini. Musibah itu menyebabkan Dato’ Rahman diserang sakit jantung. Selepas kejadian itu, Dato’ Rahman dijaga oleh Riana. Malah, Riana turut menjaga anak kecil bernama Rita iaitu anak Dato’ Rahman bersama isteri keduanya yang baru sahaja meninggal dunia. Amar terkejut mendapat tahu ayahnya selama ini mempunyai isteri kedua.

Amar tidak berpuas hati kerana baginya selama ini dia mempertaruhkan sepenuh hidupnya pada syarikat mereka. Sedangkan ayahnya bersenang lenang dengan isteri baru manakala Amir pula tidak kisah tentang syarikat dan suka berfoya-foya.

Sejak iu, Amar sering melepaskan perasaan marah dan bencinya pada Riana. Amir sentiasa mempertahankan Riana dan menceriakan gadis itu. Amar bertambah geram apabila Dato’ Rahman mengarahkan Riana untuk tinggal bersama mereka demi menjaga Rita. Dalam diam Amar sebenarnya cemburu melihat kemesraan di antara Dato’ Rahman, Amir, Rita dan Riana.

Di pejabat Amar mula rasa sunyi kerana tiada rakan untuk bergaduh. Tambahan pula dengan ketiadaan Riana membuatkan Amar seperti kucing hilang anak. Semuanya serba tidak kena. Amar mula sukakan Riana namun dia menafikannya. Amir pula tidak suka dengan keegoan Amar. Kemudian, Amir berpura-pura memikat Riana dan bermesra dengan Rita dan ayahnya di hadapan Amar. Ternyata ada sekelumit perasaan cemburu dalam hati Amar dan terutamanya pada Riana.

Sementara itu, Normah yang merupakan sahabat baik kepada Dato’ Rahman dan arwah isteri pertamanya muncul dengan niat untuk mengusai kemewahan keluarga Dato’ Rahman. Normah turut menyuruh anaknya, Zara menggoda Amar. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menjauhkan Riana dari Amar dan Amir.

Ketika Riana jatuh sakit, Amir menjadi tidak keruan dan segera pergi ke rumah Riana. Keadaan Riana yang tidak sihat itu bukan sahaja membuat Amir seorang yang susah hati malah Amar juga turut dalam kegelisahan. Ketika Amar muncul di rumah Riana, dia melihat Amir sedang menyuapkan makanan pada Riana dalam keadaan mesra. Amir sengaja mengambil peluang itu untuk mempamerkan aksi mesra dan manja bersama Riana di depan abangnya.

Amar yang merasakan tiada harapan untuk bersama dengan Riana, akhirnya terpedaya dengan godaan Zara. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Adakah Zara berjaya memikat Amar? Adakah selama ini Amir sememangnya menyintai Riana? Atau Amar akan menurunkan ego demi cintanya pada Riana? Siapakah yang bertakhta di hari Riana?

Pelakon Anugerah Terindah

Sari Yanti, Fezrul Khan, Syafiq Kyle, Alif Hadi, Heri Aszmo, Adrina, Aida Jebat, Liza Shadan, Dian P.Ramlee, Omar Abdullah.

Drama Anugerah Terindah

Jumlah Episod: 15
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Rabu-Khamis
Siaran: Slot Samarinda TV3

Tonton Anugerah Terindah

Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5
Episod 6Episod 7Episod 8Episod 9Episod 10
Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14Episod 15

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode

Petua Nenek Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Kampung People 2 Full Episode