Hello Mr Perfect Full Episode

Sinopsis Hello Mr Perfect

Mengisahkan mengenai Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini.

Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Pelakon Hello Mr Perfect

Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof, Fiza Halim, Ammar Alfian, Seniwati Mariani, Reydzal Razaly, Zaidi Omar, Lan Siro, Adiba Yunus, Chomel Fana.

Drama Hello Mr Perfect

Jumlah Episod: 28
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Tonton Hello Mr Perfect

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Full Episode

Degup Cinta Full Episode