Bukan Isteri Sempurna Full Episode

Sinopsis Bukan Isteri Sempurna

Berkisar kepada kehidupan seorang adik lelaki yang sering terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya demi menjaga maruah keluarga dengan memikul tanggungjawab onar yang dilakukan oleh abang kembarnya yang telah mennodai anak perempuan pembantu rumah mereka.

Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman,anak Datuk Zainuddin. Demi menjaga maruah keluarganya,Datuk Zainuddin sanggup melindungi Danish Arham dengan menghantarnya ke London dan anak sulungnya, Daniel Arman pula terpaksa bekorban mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang angkuh dan sentiasa bersangka buruk terhadap Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sehingga Nina melarikan diri.

Lima tahun kemudian dengan tidak sangka-sangka Nina bertemu semula dengan suaminya, Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Nina semakin tertekan bila dia telah dipinjamkan oleh bosnya, Zachary kepada Danish Arman sebagai pembantu peribadinya buat sementara waktu.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Pelakon Bukan Isteri Sempurna

Atiqah Suhaime, Dazrin Kamaruddin, Mimi Ernida, Aleza Shadan, Arash Mohd, Khatijah Tan, Zulkifli Ismail, Afzan Rahman, Keena Wahab, Khatijah Tan, Aishah Atan, Anne Arifin, Leez Rosli, Rasheed Ahmad, Ain Shaari, Mazlan Mokhtar, Jaafar Hassan, Zulkifli Saleh.

Drama Bukan Isteri Sempurna

Jumlah Episod: 13
Episod Semasa: TAMAT
Hari: Selasa-Khamis
Siaran: Slot Samarinda TV3

Tonton Bukan Isteri Sempurna

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

NOTA: Bagi mengelakkan anda gagal melayari laman web ini bila di BLOCK atau ERROR 404, KLIK SINI.

Popular

Kerana Dia Manusia Biasa Full Episode

Pengantin Satu Malam Full Episode

Petua Nenek Full Episode

Curi-Curi Cinta Full Episode

Kampung People 2 Full Episode